Green Cleaning Nature

Green Cleaning Nature
'Hijau Menjernih Alam'

Thursday, February 14, 2013

THE PERFUMES HOUSE

JOMM.... http://www.facebook.com/pages/The-Perfumes-House/507253305993872

Wednesday, January 23, 2013

AKANG DATANG.... THE PERFUMES HOUSE

THE PERFUMES HOUSE
The Perfumes House akan diperkenalkan di dunia maya. Merupakan perniagaan Minyak Wangi original dimana turut menyediakan kemudahan kepada pelanggan melalui: 1. Produk yang TERKINI 2. Pelanggan boleh request produk yang diinginkan 3. Tempahan dan Pembayaran yang mudah. 4. Turut membolehkan pelanggan request 'Gift Set' Admin mengalu-ngalukan pelawat page ini, https://www.facebook.com/pages/The-Perfumes-House Pelanggan yang dihormati boleh menghantar request bermula dari sekarang dan admin akan menghubungi anda untuk pengesahan. TERIMA KASIH.

Saturday, January 5, 2013

Terkini...

Disini suka dimaklumkan bahhawa, sekiranya pelawat ingin mencari benih-benih sayuran mahupun tanaman boleh maklumkan di blog ini. Nyatakan jenis tanaman dan kuantiti serta maklumat anda untuk dihubungi samada melalui email atau facebook. TERIMA KASIH.

Sunday, December 23, 2012

Travelogue...

Berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap perbezaan serta pandangan terhadap pemerhatian terhadap suatu perkara. Melihat situasi di negara kita begitu banyak peluang terhidang dihadapan yang sentiasa menanti. Pernahkah anda mendekati segelintir penjaja-penjaja kecil, peniaga-peniaga yang berjalan kaki mencari pelanggan, jiwa-jiwa muda yang hanya bermodalkan jiwa teguh tanpa rasa malu, mereka yang sentiasa menghampiri setiap yang hadir didepannya? Jika anda berpeluang, cubalah. Ingin saya kongsikan sedikit penceritaan dari seorang individu yang gigih menjaja menjual barangan ringkas, cenderahati sebagai punca pendapatan. Mungkin pada sesetengah individu situasi ataupun cerita seperti ini bukanlah hal yang penting.
Beliau merupakan seorang pemuda yang dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin, dimana kedua ibubapanya telah meninggal hampir 19 tahun (Lokasi tidak dapat dinyatakan). Umur beliau kini 28 tahun, anak sulung dari 5 adik beradik. Tidak mendapat pendidikan yang cukup kerana kekangan sumber pendapatan dan tanggungjawab sebagai seorang abang yang perlu menyara 4 orang adik yang masih bersekolah membuatkan beliau perlu lebih tekun mencari pendapatan. Demi untuk berdikari tanpa mahu meminta atau mengemis beliau menjual semua barangan berharga untuk dijadikan sebagai modal. Hasil jualan setiap hari adalah tidak menentu namun cukup untuk memberi 'harapan' baru keesokan hari. Tiada istilah malu dalam berusaha, tiada istilah letih untuk berjaya, tiada rasa mengalah untuk berubah. Sebagai makluman pembaca, jumlah penjaja sekitar lebih kurang 1700 orang yang mana telah dijadualkan oleh pihak berkuasa bagi memberi peluang kepada masing-masing. Jadi mereka hanya dapat beroperasi di kawasan tumpuan mengikut giliran masing-masing. Rata-rata dapat dilihat aktiviti perniagaan berkembang, aktif tidak kira kecil atau besar perniagaan itu.
Apa yang menjadi pengajaran pada saya adalah mampukah kita melihat dari kalangan kita berusaha gigih tanpa mengharapkan bantuan, sanggup menempuh kesusahan dalam mengubah nasib diri, keluarga mahupun negara? adakah kita berusaha tentang perkara yang betul-betul penting? Bilakah mampu kita kikis rasa kebergantungan terhadap orang lain dalam berusaha? Bagaimana kita mampu mendidik diri kita untuk fokus, gigih dan sentiasa mencuba. Disini ingin sekali diharapkan kepada rakan-rakan agar sama-sama mengambil fikiran memajukan ekonomi diri. Manusia hanya akan lebih kreatif apabila berada dalam keadaan terdesak dalam erti kata lain mempunyai faktor pendorong dalam aspek mengejar objektif. Hasil dari percakapan dan perbualan dengan individu-individu yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sentiasa berfikiran negatif serta sentiasa memikirkan kemungkinan kegagalan lebih dari kemungkinan kejayaan. Adakah ini amalan yang baik? Kita perlu melihat sesuatu yang baik itu dengan pandangan yang lebih positif agar ianya mampu menjadi 'cermin' untuk kita melihat kejayaan dalam diri kita. Apa yang tertulis di sini bukanlah berkisarkan perihal duit semata-mata tetapi sebagai landasan pemikiran untuk sentiasa mencari kebaikan serta berusah untuk berubah tanpa mengenal erti lelah.
'Apabila kita melihat gunung kita akan impikan puncaknya, namun untuk ke puncak laluannya adalah berliku, dalam berliku itulah ada tatapan indahnya'

Tuesday, December 18, 2012

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN...

Melihat dari kontek pembangunan diri serta usaha dalam meningkatkan pendapatan telah mendorong seseorang individu itu membentuk satu perancangan jangka panjang. Saya melihat dari sudut pandangan saya bahawa faktor penting yang mampu menjadi pendorong dalam kemajuan diri seseorang usahawan adalah "Attitude" mereka sendiri. Ini kerana faktor ini akan mempengaruhi segala langkah seterusnya dalam memastikan matlamat tersebut tercapai. "Attitude" ini boleh dianggap sebagai 'Spiritual Power' yang mana sentiasa memberi suntikan tenaga, emosi, semangat serta kemampuan daya fikir yang berterusan. Melalui sedikit pengalaman, apabila seorang individu membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan maka mereka telah mempunyai satu 'mind set' yang sedia menghadapi risiko. Risiko yang diambil adalah risiko pulangan yang terbahagi kepada dua samaada Keuntungan mahupun Kegagalan.
Saya tidak menggunakan perkataan 'KERUGIAN' sebagai perkataan berlawanan dengan keuntungan kerana, dalam diri seorang usahawan tiada istilah 'RUGI' yang perlu disebut sebaliknya kegagalan dari hasil usaha dan perancangan yang dibuat menjadi 'journal' penting kepada analisa proses mencapai kejayaan. 'Attitude' seorang usahawan itulah yang akan membentuk mereka dalam memperolehi kemahiran serta pengetahuan (Skill, Knowledge, Attitude - Asas Usahawan berjaya). 'ANDA TIDAK AKAN DAPAT BERBUAT APA-APA SELAGI ANDA MEMIKIRKAN KEJADIAN HARI ESOK'

Friday, December 7, 2012

Baru-baru ni telah diadakan satu lawatan k ladang tanaman orkid di suatu lokasi sebelah pantai barat. Sedikit teruja dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pengusaha tersebut dimana beliau daripada jurusan Elektrikal kemudiannya telah memiliki lebih 10 hektar tanaman sawit. Namun menurut beliau, SAwit seluas 10 hektar itu telah di tebang kemudian nya di ganti dengan tanaman Orkid.
Dengan hasrat sebagai satu percubaan, saya telah menjemput beliau bagi menjaya kan satu program yang telah saya adakan bagi melihat potensi tanaman tersebut. Program yang dijalankan selama 5 hari dengan gabungan beberapa program lain telah menarik minat ramai pengunjung. Hasil dari pembabitan beliau dalam program ini telah memberikan pulangan yang berbaloi apabila berjaya meraih jualan orkid mencecah RM 40,000. Percaya atau tidak terpulang pada pembaca. Rata-rata pelanggan (target market) adalah kaum Hawa terutama suri rumah dan juga pemilik-pemilik kediaman yang tidak mempunyai laman bagi kawasan rumah. (harga dari RM 6.00 sehingga RM 1500 sepasu).
APA YANG ADA DI HADAPAN KITA KADANGKALA NIKMAT YANG TIDAK PERNAH KITA SYUKURI....
Assalamualaikum.... satu perjalanan yang panjang.... Usaha membangunkan apa yang telah diusahakan menunjukkan keputusan yang positif... sepanjang menjalankan ternakan ayam kampung sejak 2010 telah memberi impak positif dalam karier dan pembangunan motivasi diri. ternakan ayam kampung yang dulunya adalah melalui penternakan reban kini telah ditukar kepada 'trading' sahaja. namun proses ini memberi peluang kepada 'orang baru' dalam ternakan ayam kampung. so, jangan putus asa. Apa yang saya mulakan dulu, kini telah saya serahkan kepada seseorang bagi mengubah hidup seseorang dan dilihat telah memberi sedikit jaminan ke arah peningkatan pendapatan. saya kini telah menjawat jawatan namun tetap saya ingat apa yang penah saya lalui dulu. :) bisnes saya masih berjalan lancar dan menunjukkan kemajuan. namun pengurusannya telah bertukar. saya gembira dengan apa yang berlaku. (kalau nk cerita panjang sangat ni :)) Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menjengak ke blog saya. saya kini dalam proses merancang sesuatu :) jadi, pesan saya, selagi anda gembira dan fokus dengan apa yang anda buat, kejayaan menanti anda, jangan jadikan masalah yang anda hadapi itu sebagai halangan yang akan mengagalkan anda. Salam, kembali aktif :)