Green Cleaning Nature

Green Cleaning Nature
'Hijau Menjernih Alam'

Sunday, December 23, 2012

Travelogue...

Berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap perbezaan serta pandangan terhadap pemerhatian terhadap suatu perkara. Melihat situasi di negara kita begitu banyak peluang terhidang dihadapan yang sentiasa menanti. Pernahkah anda mendekati segelintir penjaja-penjaja kecil, peniaga-peniaga yang berjalan kaki mencari pelanggan, jiwa-jiwa muda yang hanya bermodalkan jiwa teguh tanpa rasa malu, mereka yang sentiasa menghampiri setiap yang hadir didepannya? Jika anda berpeluang, cubalah. Ingin saya kongsikan sedikit penceritaan dari seorang individu yang gigih menjaja menjual barangan ringkas, cenderahati sebagai punca pendapatan. Mungkin pada sesetengah individu situasi ataupun cerita seperti ini bukanlah hal yang penting.
Beliau merupakan seorang pemuda yang dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin, dimana kedua ibubapanya telah meninggal hampir 19 tahun (Lokasi tidak dapat dinyatakan). Umur beliau kini 28 tahun, anak sulung dari 5 adik beradik. Tidak mendapat pendidikan yang cukup kerana kekangan sumber pendapatan dan tanggungjawab sebagai seorang abang yang perlu menyara 4 orang adik yang masih bersekolah membuatkan beliau perlu lebih tekun mencari pendapatan. Demi untuk berdikari tanpa mahu meminta atau mengemis beliau menjual semua barangan berharga untuk dijadikan sebagai modal. Hasil jualan setiap hari adalah tidak menentu namun cukup untuk memberi 'harapan' baru keesokan hari. Tiada istilah malu dalam berusaha, tiada istilah letih untuk berjaya, tiada rasa mengalah untuk berubah. Sebagai makluman pembaca, jumlah penjaja sekitar lebih kurang 1700 orang yang mana telah dijadualkan oleh pihak berkuasa bagi memberi peluang kepada masing-masing. Jadi mereka hanya dapat beroperasi di kawasan tumpuan mengikut giliran masing-masing. Rata-rata dapat dilihat aktiviti perniagaan berkembang, aktif tidak kira kecil atau besar perniagaan itu.
Apa yang menjadi pengajaran pada saya adalah mampukah kita melihat dari kalangan kita berusaha gigih tanpa mengharapkan bantuan, sanggup menempuh kesusahan dalam mengubah nasib diri, keluarga mahupun negara? adakah kita berusaha tentang perkara yang betul-betul penting? Bilakah mampu kita kikis rasa kebergantungan terhadap orang lain dalam berusaha? Bagaimana kita mampu mendidik diri kita untuk fokus, gigih dan sentiasa mencuba. Disini ingin sekali diharapkan kepada rakan-rakan agar sama-sama mengambil fikiran memajukan ekonomi diri. Manusia hanya akan lebih kreatif apabila berada dalam keadaan terdesak dalam erti kata lain mempunyai faktor pendorong dalam aspek mengejar objektif. Hasil dari percakapan dan perbualan dengan individu-individu yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sentiasa berfikiran negatif serta sentiasa memikirkan kemungkinan kegagalan lebih dari kemungkinan kejayaan. Adakah ini amalan yang baik? Kita perlu melihat sesuatu yang baik itu dengan pandangan yang lebih positif agar ianya mampu menjadi 'cermin' untuk kita melihat kejayaan dalam diri kita. Apa yang tertulis di sini bukanlah berkisarkan perihal duit semata-mata tetapi sebagai landasan pemikiran untuk sentiasa mencari kebaikan serta berusah untuk berubah tanpa mengenal erti lelah.
'Apabila kita melihat gunung kita akan impikan puncaknya, namun untuk ke puncak laluannya adalah berliku, dalam berliku itulah ada tatapan indahnya'

No comments:

Post a Comment